Dinasti Vasa Sejarah_Sweden

Gustav II, raja yang menjadikan Sweden sebuah negara berkuasa. Beliau digelar The Golden King dan The Lion of the North

Denmark yang berkuasa dalam Kesatuan Kalmar ketika itu sering menindas Sweden. Justeru pada abad ke-15, beberapa tempat di Sweden mencetuskan pergerakan kemerdekaan. Pergerakan itu diketuai bangsawan Gustav Vasa berjaya mengumpul rakyat jelata untuk berperang dan memenangi peperangan antara Denmark dan Sweden. Pada tahun 1523, Sweden diisytiharkan merdeka daripada Kesatuan Kalmar dan Gustav Vasa dilantik sebagai Raja Sweden. Beliau berusaha memajukan ekonomi negara dan menukar agama Roman Katolik iaitu agama rasmi negara ketika itu kepada Protestan Lutheran. Sweden melalui zaman kegemilangannya di bawah pimpinan cucunya, Raja Gustav II. Selepas menaiki takhta pada tahun 1611, Gustav II berjaya memodenkan tentera Sweden hingga membawa kemenangan dalam Perang Tiga Puluh Tahun. Sweden mula meluaskan kuasanya hingga ke Finland, Estonia, Poland, utara Jerman dan sebahagian Norway. Bagaimanapun Empayar Sweden berakhir berikutan kemangkatan Raja Charles XII pada tahun 1718.